RENUNGAN BERSAMA EPISOD 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.!
hari jumaat yg mulia ney..
sebelum cik ungu bercuti..blog kekasihan ini wajib
di hapdet yer..
-peace-
cik ungu nak buat segmen renungan bersama episod dua..
setiap seminggu,cik ungu akan buat segmen ney..
nak tengok episod 1 klik sini ye
*wah,da mcm rancangan tak berbayar televisyen je kann..
minggu lepas cik ungu banyak beri mutiara kata tentang
HIDUP..*kot
so,hari ney..cik ungu nak share mutiara kata tentang..

CINTA..
mesti ramai yg suka kan..
malu2 siput la pulak..
sebelum tu,cik ungu nak mengongsi sedikit
pendapat tak bernas cik ungu
tentang cinta..
cinta adalah satu anugerah yg di berikan Allah swt pada kita..
satu perasaan yg tidak dapat digambarkan dengan kata2..
ade 4 CINTA yg patut ade dalam setiap individu
pertama-tama nya adalah
 CINTA KEPADA ALLAH SWT
CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
CINTA KEPADA DIRI SENDIRI
CINTA KEPADA KELUARGA
bila da betol2 cinta gan semua ney..
baru la nak cinta gan org lain naa..
dengar tu cik ungu..
ingatan utk diri sendiri. .
ok2,mai kita tengok ape mutiara kata minggu ney..

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)


Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
A’idh Al-Qorni


Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran.

webiluvislam


"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
ibnu qayyim

Dari Anas ra. dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( al-Bukhari 13. Muslim 45)

Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
Ali bin Abi Thalib

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.
Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka


“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah
 dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi

p/s:rujukan dari blog al habib
rujukan dari sayasayangislam

bicara si gadis ungu..mau komen.?silakan

3 juta org puji cik ungu comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL SI GADIS UNGU