awak suka saya tak.:)

assalamualaikum semua...
haiii korang.!!


waa,cair betoi tengok dia senyumm
huuiii,tergugat iman...
*kawalnafsucikunguye

hari ni cik ungu nak sharing is caring dengan korang..
tentang barang baek punya..
sedia maklum,seperti entry2 yang lalu
cik ungu suka update tentang novel..
saya gila novel.!
fullstop.
so,kali ni..cik ungu nak share dengan korang novel ini haa..

ini sinopsis belakang novel dia..

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" 
Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." 
Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." 
Intan Zulaikha
 
baca jer sinopsis dia...
terus jatuh  hati..
sebelum ni dah banyak kali tengok dekat kedai buku..
tapi tak tergerak nak beli atau pun baca...
sebab cik ungu amat cerewet nak membeli novel..
*bajetsikitminahni
tapi entah macam mana,
cik ungu rasa nak baca cerita dia..
so,cik ungu baca la dekat penulisan2u.my..
baru baca 2 3 bab,terus jatuh hati tangga
bergolek2 laa..
di tambah watak HILMAN YONG itu..
sis Melur jelita membayangkan watak itu seperti
daniel henney..
memang terbaik laa..
bertambah jatuh hati tangga laa kann..
tipu laa korang tak tergugat emosi kan tengok pakwe hensem saya tuu..
*sambilangkatkening
 cik ungu tak dapat nak buat review sebab
cik ungu hanya baca separuh jer..
masih tak berkesempatan nak beli novel ni..
itu yang sedih nya..
tidak mengapa,cik ungu pasti akan mendapatkan nya..
novel ini nampak nya telah berjaya
masuk carta hati cik ungu laa..
so korang,apa lagi..jom laa beli.!


#notakaki:JANGANJATUHHATIDENGANHILMANSAYA.!

bicara si gadis ungu..mau komen.?silakan

1 juta org puji cik ungu comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL SI GADIS UNGU