assalamualaikum dan salam jumaat semua
sering kali kita terasa terluka,terhiris mau pun tersungkur dalam kehidupan seharian kita..
kadang-kadang terasa begitu payah untuk bangun tatkala jatuh rebah ke bumi..
tapi sedarkah kita bahawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya..
setiap yang berlaku pada diri kita jadikan ia satu pengajaran dan pengalaman
untuk kita menjalani hari yang akan mendatang..
mulut senang berkata,jari lagi mudah menulis..
tetapi hendak berfikiran seperti ini tatkala ditimpa musibah amat susah bukan.?
tapi cuba kita renung hadis di bawah..
Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
jadi,setiap apa yang berlaku ada sebabnya.sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.jadi,jangan pernah ragu dengan ketentuan Allah..jangan pernah merasa terlalu berat kedukaan yang kita alami itu kerana Allah tidak akan membebankan hamba nya melebihi kemampuan kita.
sungguh Allah sayang pada kita bukan..jadi pada hari jumaat yang mulia ini..
ambil masa sesaat untuk bermuhasabah diri kita ya..
kerana dengan bermuhasabah diri kita mampu membawa perubahan yang lebih baik..
cik ungu menulis ini adalah untuk diri sendiri.maaf jika ada kekurangan.semoga
apa yang ditulis ini mampu memberi manfaat pada semua.insyaAllah.:)


1 juta org puji cik ungu comel:
“Apαbilα Allαh mencintαi seorαng hαmbα, mαkα Diα αkαn mengujinyα. Jikα hαmbα itu bersαbαr dαn redhα mαkα Diα αkαn memilihnyα menjαdi kekαsihNyα.” -Hαdis Riwαyαt Ibnu Mαjαh-
ujian ini adalah medan terbaik untuk kita mengumpulkan pahala.
:)
Post a Comment